BIODATA RASULULLAH S.A.W.
SHARING ULANG SILAHKAN DIKENALKAN KEPADA ANAK CUCU KITA.
*BIODATA RASULULLAH S.A.W*
π *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim_.
π *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)
π *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
π *Nama bapak* : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
π *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
π *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
π *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
π *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
*USIA 5 TAHUN*
π _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
*USIA 6 TAHUN*
π _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
*USIA 8 TAHUN*
π _Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.
*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
πBersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
πDi kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
*USIA 20 TAHUN*
πTerlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
πMenyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
*USIA 25 TAHUN*
πBermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
πPerjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
πBaginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
πMas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
*USIA 35 TAHUN*
πBanjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
πPembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
πRasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
*USIA 40 TAHUN*
πMenerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
*USIA 53 TAHUN*
πBerhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
πSampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
*USIA 63 TAHUN*
πKewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
π Khadijah Binti Khuwailid.
π Saudah Binti Zam'ah.
π Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
π Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
π Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
π Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
π Zainab Binti Jahsy.
π Maimunah Binti Harith.
π Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
π Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
1.π Qasim
2.π Abdullah
3.π Ibrahim
4.π Zainab
5.π Ruqaiyah
6.π Ummi Kalthum
7.π Fatimah Al-Zahra'
*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*
π Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
*BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_
_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"_
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Ψ§ΩΩΩΩ
Ψ΅ΩΩ ΩΨ³ΩΩ
ΨΉΩΩ Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω
ΨΩ
Ψ― ΩΨΉΩΩ Ψ’ΩΩ ΩΨ§Ψ΅ΨΨ§Ψ¨Ω ΩΨ³ΩΩ
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*
πBegitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
π Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
π Aku melihat cahaya dari lidahnya.
π Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
π Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
π Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
π Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
π Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
π Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
π Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
π Wajahnya seperti bulan purnama.
π Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
π Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
π Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
π Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
π Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
π Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
π Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
π Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
πJanggutnya penuh dan tebal menawan.
π Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
π Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
π Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
π Rambutnya sedikit ikal.
π Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
π Rambutnya terbelah di tengah.
π Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
π Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
π Seimbang antara kedua bahunya.
π Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
π Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
π Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
π Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
π Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
π Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
π Warna putihnya lebih banyak.
π Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
π Warna kulitnya putih tapi sehat.
π Kulitnya putih lagi bercahaya.
π Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
π Badannya tidak gemuk.
π Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
π Perutnya tidak buncit.
π Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
0 Response to "BIODATA RASULULLAH S.A.W."
Post a Comment